Matlamat utama Kami adalah untuk menghasilkan produk serta jenama yang dapat memberi lebih kepuasan kepada para pelanggan yang tiada pada perniagaan yang lain.
Kepuasan yang dimaksudkan adalah dari segi kelainan citarasa, suasana, keselesaan, ketelitian, kebersihan, kecekapan, kemesraan, keprihatinan, penjimatan dan dimeterai dengan pengulangan.
Selain daripada peluang sebagai RAKAN NIAGA, kami juga memberi peluang kepada AGEN yang berminat memperkenalkan NASI AYAM SALAI kepada prospek baru.
NASI AYAM SALAI adalah satu jenama yang diusahakan oleh Klef Foods & Beverages, sebuah syarikat perniagaan milik penuh BUMIPUTRA ditubuhkan pada Oktober 2012, mengkhusus kepada pembangunan dan pemasaran jenama NASI AYAM SALAI, perluasan sistem FRANCAIS RAKAN NIAGA dan Katering.
Atas sikap dan tanggungjawab kami, maka diperkenalkan satu sistem francais mudah Rakan Niaga. Pakej perniagaan yang sangat MURAH dan MUDAH, khas untuk para peniaga makanan yang mahu menambah pilihan makanan di gerai ataupun di restoran, malahan boleh juga sekiranya berminat untuk menjual di pasar malam.
Sebelum sistem Francais dilaksanakan secara keseluruhannya sepenuhnya, kami ingin memberi peluang dan berkongsi dengan anda yang berminat, tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar berbanding dengan penyertaan di dalam sistem francais yang sebenar
KEUNTUNGAN KASAR 100% BERBANDING MODAL HARIAN
RAKAN NIAGA AWAL AKAN PEROLEHI KEUTAMAAN DAN KEISTIMEWAAN
HAK EKSKLUSIF KAWASAN
HANYA BAYAR YANG TERJUAL SAHAJA
CAJ PENGANGKUTAN PERCUMA
YANG PALING PENTING
TAK PERLU MASAK!!!
KAMI SEDIAKAN SEMUANYA
CERITA KAMI

Nasi Ayam Salai